Thursday 15 September 2016

TENGKOLOK
Tengkolok, juga dikenali sebagai destarsetanjak/tanjakbulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Adalah diterima bahawa tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf pemakainya.
Untuk tempahan barangan cenderamata tradisional Tengkolok / Tanjak boleh di dapati di kedai kami
Hubungi Kami : 03 4292 9691 - Pejabat ABWSOUVENIRS
                whatsapp : 017  326 8547 - Akram

* Sesuai untuk cenderamata silat.

No comments:

Post a Comment